PLAY.

Saturday, August 18

Indah di Pagi Syawal

Assalammualaikum
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab Sayangg. *smile

Pagi yang gelap gelita ku renung,angin malam yang menampar tubuh badan ku terasa sejuknya menusuk ke tulang. Aku memeluk kaki ku. Telingaku terdengar suara suara yang melaungkan kalimah kalimah Allah. Baru aku sedar, hari ni Hari Raya . Hari yang sungguh mulia . Pejam celik, pejam celik, sudah pun hari raya . Begitu cepat masa berdetik dan begitu cepat juga masa berlalu. Aku melihat sekeliling ku. Rumah kampung yang amat aku sukai. Aku berpaling untuk melihat jam yang terletak di dinding. sudah pukul 3 pagi. Aku masih belum tidor. Mata ku masih belum mahu terlelap walaupun katil memanggil untuk tidor. Aku gembira. Gembira kerana hari ni hari raya. Di dalam kegembiraan, terselit juga rasa sayu. Rasa sayu untuk meninggalkan bulan ramadhan yang mulia ini. Mata ku terasa berair. 
Ya, aku memang sedih. Bila lagi kita aku berpuasa dan juga beraya? Setahun hanyalah sekali. Aku berasa sedikit takut. Takut dengan keputusan Trial PMR ku. Takut dengan amalan-amalanku semasa di dalam bulan ramadhan. Aku takut tetapi apabila memandang bulan, aku terasa tenang. Dan waktu itu aku terasa mataku berat dan badan rasa lemah. Aku terus bergerak ke katil untuk membuai mimpi yang indah di pagi raya . 
Apa yang aku mahukan ialah masa depan ku terang . Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadi murid yang cemerlang dan juga untuk terangkan masa depan ku . InsyaAllah :) . Memandangkan hari ni hari raya, Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan rakan di sekolah dan juga di alam maya . Mohon maaf jika tersalah atau silap bahasa hingga menggoreskan hari korang, saya minta maaf . 

Assalammualaikum
kalau x jawab dosa, kalau jawab Sayangg!

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Dan Batin :)

No comments:

Post a Comment